jomPROMO ESQ-RS!!



jomTANYA



SESI BERTANYA bersama nurdinie sufi.

Artikel ini telah disiarkan dalam ruangan "Kak Roha Sudi Mendengar" akhbar Sinar Harian.


1-

Kak Roha,
Kawan-kawan sekelas saya suka menghabiskan masa lapang dengan bergossip. Apa pandangan Kak Roha tentang gossip dan bagaimana cara untuk mengelakkan diri dari sikap suka bergossip.


Amira, Klang

Jawapan :

Adik Amira,

Sebelum Kak Roha memberikan pandangan. Elok kiranya kita analisa dahulu sedikit sebanyak tentang apa yang dinamakan sebagai gossip.

Gossip biasanya melibatkan cerita tentang orang lain. Dimana cerita-cerita yang dibincangkan belum disahkan kesahihannya. Adakalanya ia cerita yang baik dan kerapkali pula ia melibatkan cerita yang kurang baik.

Dengan itu, bergossip boleh menyebabkan kita jatuh dalam kategori mengumpat atau memfitnah. Padahal kita maklum betapa besarnya bahaya mengumpat dan memfitnah.

Allah berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 12 yang bermaksud, "Dan janganlah setengah kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati, tentulah kamu sekalian benci memakannya"

Untuk golongan remaja yang sedang mekar berkembang, menghabiskan masa bergossip adalah satu perbuatan yang merugikan. Padahal perbuatan bergossip dikalangan manusia adalah disebabkan oleh perasaan tidak puashati, hasad dengki, bualan kosong dan melucukan semata-mata atau sekadar mengambil hati teman-teman yang suka menunjuk-nunjukkan kelebihan diri seraya membuka aib dan kelemahan diri insan lain.

Perbuatan suka bergossip ini boleh dihentikan. Memandangkan ia berkait rapat dengan akhlak dan tabiat yang buruk, ia boleh dibaiki dengan ilmu dan kesungguhan.

Berikut adalah beberapa langkah dicadangkan kepada adik-adik dalam mengelakkan diri dari terus bergossip.

1. Kenangkan kekurangan yang ada pada diri kita sendiri sebelum kita hebahkan tentang kelemahan dan kekurangan rakan atau orang lain.

RasululLah saw telah bersabda : "Bertuahlah orang yang sentiasa bekerja kuat untuk membetulkan diri sendiri, daripada menyebut-nyebut keaiban orang lain"

2. Letakkan diri kita ditempat insan atau kawan yang menjadi bahan gossip. Bayangkan perasaan kita sekiranya insan yang digossip tersebut ialah diri kita sendiri. Tentulah kita akan berasa sedih dan pedih kerana keaiban kita dijadikan bahan perbualan dan senda gurau

3. Penuhi masa lapang dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Menghabiskan masa melepak dan bergossip tanpa mendatangkan sebarang kebaikan adalah perbuatan sia-sia. Adalah lebih baik menggunakan masa yang terluang dengan aktiviti berfaedah seperti mengulangkaji pelajaran, membaca atau berekreasi.

4. Fahamilah kesan mengumpat dari sudut hubungan sesama rakan-rakan. Bayangkan teman yang digossip mengetahui dirinya sedang digossip. Perbuatan yang pada asalnya untuk suka-suka dan menghabiskan masa berakhir dengan pergaduhan dan pertengkaran.

5. Sentiasalah muhasabah diri dari masa ke semasa supaya sentiasa menjaga anggota tubuh kita dari dosa dan noda. Dalam persoalan gossip, anggota yang terlibat ialah lidah. Peliharalah lidah kita dari dosa dan perbuatan yang sia-sia

Nurdinie Sufi

2 comments:

yusmin said...

asalamualaikum kak roha

Seperti yang kita sedia maklum, internet adalah jambatan penghubung dunia yang kini telah menjadi suatu keperluan utama manusia di muka bumi ini.Di malaysia, penggunaan internet telah mencapai tahap seiring dengan kemajuan teknologi negara-negara membangun yang lain. tetapi tidak dinafikan bahawa di dalam kenikmatan kemajuan teknologi serta arus globalisasi tersebut, remaja kita menjadi korban keadaan.

boleh akak tolong ulaskan dengan lebih lanjut tentang pernyataan ini?

Hamba ALLAH

Roha Hassan said...

salam Yusmin,

Memang benar kata-kata mu itu. Secara ringkasnya, apapun teknologi yang kita miliki, jangan lari daripada dua perkara ini : 1. Berfikir 2. Berzikir.

Orang yang berfikir boleh membezakan setiap kebaikan dan keburukan dalam apa jua yang dilakukan termasuk ketika menggunakan internet.

Manakala orang yang berzikir, akan takut pada Penciptanya dan sentiasa mengingatkan diri bahawa apa jua yang dilakukan akan kembali kepada pelaku.

Maka, diringkaskan di sini - Internet memang bagus kalau remaja gunakan dengan cara yang bagus. Cam lepak jugak ~ Salam sayang


Post a Comment

jomGaleri