jomPROMO ESQ-RS!!



jom SHARING

Satu Pencarian Generasi Melayu Terakhir





Satu hari dua orang remaja generasi Y sedang berbicara
"Kao tahu tak, aku ni generasi Melayu Terakhir..."
"He he he..ye ke?"
"Apa plak ye ke? ye ke ni?
"Hek eleh! Meh aku test kao tengok!..kao jawab dulu pantun kat bawah ni...

"Tanda Melayu Sama Serumpun,
Dalam bercakap bersopan santun,
Dalam susah tuntun menuntun,
Dalam senang santun menyantun.

Mulia anak sempurna akhlak,
Mulia tua sempurna agama,
Mula bangsa berbudi bahasa.

"Jawab beb! jawab! he he he





Bercakap tentang pantun ni, jom kita bincang sikit apa kebendenye pantun ni. Dalam buku "Seuntai Kata, Seindah Bahasa" terbitan UKM-tahun 2005, disebutkan bahawa pantun adalah antara ungkapan yang menjadi amalan orang Melayu sejak dahulu. Ungkapan adalah terdiri dari pantun, gurindam, pepatah, petitih, bidal, ibarat, peribahasa dan perumpamaan. Ia menjadi wadah yang digunakan oleh orang Melayu untuk mengungkapkan fikiran dan rasa hatinya tentang kehidupan, kelakuan manusia dan hubungannya dengan alam sekitar.

Ungkapan ini disebarluaskan dalam masyarakat dan diwariskan turun temurun dalam mengekalkan nilai-nilai budaya dan jati diri.

Dan...adakah kita generasi hari ini mewarisi ungkapan yang indah warisan nenek moyang kita ini...

Jom hayati salah satu ungkapan dalam buku ini,

"Terbang burung dari selatan,
Dipuput angin sangga bayu,
Bukalah surat dari lipatan,
Lihatlah pantun bahasa Melayu.

Batu sangkar batu berpahat,
Terpahat nama raja bistari,
Makanan arif, kias ibarat,
Pantun seloka, ulam jauhari.

Minta daun diberi daun,
Dalam daun buah bidara,
Minta pantun diberi pantun,
Dalam pantun ada bicara.

....opss ada lagi ni. Tapi kita sambung lagi nanti.
chow...

~Nurdinie Sufi~

0 comments:


Post a Comment

jomGaleri