jomPROMO ESQ-RS!!



JomHEBOH

ESQ_Teens – Syok Giler!


Pekabo kengkawan semua? Sebetulnya aku ni bukan power sangat bab-bab mengarang. Tapi aku rasa apa aku tulis dan kongsi ini penting. Jadi, aku taram ajelah apa yang patut. He. He. He.

Aku nak stori sikit kat korang semua tentang ESQ_Teens ni. Mulanya masa mak aku suruh aku join program ni, aku tension giler. Macam-macam cara aku cari untuk mengelat dari program ini.

Dahlah program ni mahal, RM700 tuuuuuuuuuuuuu, nak kena stay sampai 2 hari tu. Dalam kepala aku masa tu. Mesti boring giler. 2 hari berturut-turut.

Tapi, korang faham-faham ajelah. Teruk-teruk akupun, tak sampai hati mengguris perasaan seorang ibu. Jadi terpaksalah join gak program tu. Nasib baik, program ni wat kat hotel. Kira class la kan. He. He. He.

Korang tau tak. Memang tak terjangkau dek kepala hotak aku ni. Program yang aku sangkakan penuh dengan keboringan ini. Rupa-rupanya program ni memang best. Syok giler! Trainers pun best!

Aku dan semua peserta yang lain dibawa meneroka alam ciptaan Alam, mengenali Pencipta, mengenali Diri sendiri, kekuatan dan kelemahan diri, mengukuhkan cinta pada Allah dan kasih pada RasululLah. Dan banyakkkkkkk lagiiiiiiiii. Sampai berjurai-jurai airmata aku beb!

Tak sangka, aku boleh menangis masa tu. Bukan airmata buaya tau! Tapi aku terasa sangat betapa kerdilnya aku dipandangan Allah. Betapa banyaknya dosa-dosa ku selama ini. Teringat segala kelakukan aku yang tak baik pada ibubapa, guru, kawan-kawan…fuh! Pendekata program ni memang best.

Sikit sebanyak, hasil dari program ni. Aku lebih mengenal Allah. Lebih akrab dengan diri aku sendiri. Lebih bijak dalam membuat keputusan. Lebih kukuh kecintaan pada Tuhan.

Dan aku akan terus berusaha baiki diri. Maklumlah kehidupan kat dunia ni sekejap jer beb.

Aku dah alumni ESQ_Teens sekarang ni. Korang bila lagi. Jom la join. Rugi kalau tak join. Ilmunya memang tak boleh dibandingkan dengan harga RM550 atau RM700. Sekali banyak, boleh attend lagi sebagai refresher.

Tunggu apa lagi beb!

Jom Remaja ESQ_RS!


Bob,
Alumni ESQ_Teens

6 comments:

Anonymous said...

Salam hormat jom lepak,
macam mana nak join ESQ_teens ni? dibuat di seluruh malaysia atau KL je.Sbb neeta ada di Sabah.Macam mana ye?

jomLEPAK said...

Salam..

Neeta terima kasih kerana sudi bertanya. Buat masa ni kita belum memiliki perancangan untuk menganjurkannya di Sabah. InsyaAllah dimasa depan mungkin ada. Walaubagaimanapun, kalau Neeta mengikutinya di KL, memang tidak rugi walaupun terpaksa naik "belon" ke KL :-) NS

sokrates said...

betmatik
kralbet
betpark
tipobet
slot siteleri
kibris bahis siteleri
poker siteleri
bonus veren siteler
mobil ödeme bahis
8Wİ04

hakan said...

dijital kartvizit
referans kimliği nedir
binance referans kodu
referans kimliği nedir
bitcoin nasıl alınır
resimli magnet
FEJH

recep said...

ardahan
artvin
aydın
bağcılar
balıkesir
XMB4V

hasan said...

dijital kartvizit
referans kimliği nedir
binance referans kodu
referans kimliği nedir
bitcoin nasıl alınır
resimli magnet
VCH


Post a Comment

jomGaleri